Sunday, April 27, 2008

berpecahkah melayu?

assalammualaikum kawan-kawan,
politik malaysia telah di gegarkan dengan 'makkel sakhti' (kuasa rakyat) sehingga 4 negeri bertukar pemerintahan kepada kerajaan yang baru. sebenarnya 5 negeri iaitu wilayah persekutuan, tapi....
itulah jika sesebuah kerajaan itu somsong dan zalim. bukan sahaja zalim pada rakyat tetapi zalim juga pada diri sendiri.rakyat tidak dibenarkan bersuara, jika bersuara atau luahkan rasa tidak puas hati pasti akan ditangkap, disumbatkan dalam penjara,diugut, atau yang lebih dashyat lagi campak ke dalam ISA !!
persoalannya..betul ke melayu dah berpecah selepas 8mac 2008 lepas?
digembar gemburkan di dalam berita atau 'paper' yang melayu sudah berpecah. melayu perlu bersatu kembali. buang yang keruh ambil yang jernih dan macam macam lagi...
jawapannya.....
sebenarnya yang berpecah adalah umno bukannya melayu. apa..umno ingat umno tu mewakili orang melayu? jatuh umno,jatuhlah melayu.
itulah pemikiran sempit puak puak ni dan akan menyempitkan pemikiran orang melayu.
saya ambil contoh satu cerita sirah...
"diawal kehidupan kaum musyrikin mekah.. stabil.abu jahal sebagai PM ketika itu menjadikan sumber ekonomi sebagai pendapatan utama puak musyrikin mekah ketika itu. tapi dalam kelancaran ekonomi, abu jahal dan mentari menterinya tidak hirau akan kehidupan rakyatnya, peras ugut, riba, zalimi orang susah, bunuh anak perempuan dan macam macam lagi.
itulah perangai jahiliyah namanya..tetapi setelah kedatangan Nabi Muhammad untuk membawa kebenaran, memberi beza yang hak dan yang batil, abu jahl dan menterinya telah kelam kabut dan menyatakan yang masyarakat mekah telah berpecah!!
sebenarnya bukan masyarakat musyrikin mekah yang berpecah tetapi kaum jahiliah musyrikin mekah yang berpecah iaitu kepada dua kumpulan..
1. tetap kekal dalam jahiliah dan terus lawan ajaran Nabi.
2.yang telah berubah daripada kegelapan kepada cahaya iman dan islam."
persoalannya...
adakah sesuatu kaum itu berhijrah daripada gelap kepada cahaya,
berubah daripada dizalimi kepada keadilan,
daripada sembah patung kepada sembah Allah yang Esa,
dikira memecah belahkan masyarakat????
renungkanlah.....contoh tadi. relatekan dgn keadaan di malaysia masa kini.

Saturday, March 29, 2008

salam pengenalan...

salam perjuangan..pentingnya blog pada masa kini. bertukar tukar pandangan/komen